Tuesday, May 9, 2017

Tarbiah Graduan Universiti



Memetik kata2 Syeikh Abu A'la Al-Maududi buat para graduan,

"Wahai pelajar! kamu telah melabur sekian lama masa kamu di universiti ini untuk mendapat pendidikan. Kamu telah lama menunggu saat di mana kamu akan menuai hasil usaha kamu itu dalam bentuk segulung ijazah. Aku merasai betapa tersentuhnya jiwa kamu dalam majlis sebegini, maka menjadi satu kesukaran buat aku berterus terang kepada kamu pada saat ini.

Walau bagaimanapun, aku perlu berlaku jujur,  bahawa dalam menilai tempat kau dididik ini,  malah kesemua tempat pendidikan yang bernama universiti ini tidak ubah seperti tempat penyembelihan berbanding tmpat pendidikanIjazah yang dihulurkan tidak ubah seperti sijil kematian,  diberikan apabila si pembunuh sudah berpuas hati kerana telah berjaya melarikan diri daripada penyembelihan terancang ini dengan sisa cahaya kehidupan yang masih berbaki.

Aku tidak hadir ke sini untuk mengucapkan tahniah kepada kamu kerana telah menerima sijil kematian tersebut.  Malah sebaliknya, aku berasa teramat sedih melihat kamu semua dalam keadaan yang teruk.  Aku seperti seseorang mencari manusia yang masih hidup dalam timbunan mayat di sini".

Untuk kita pemuda,  universiti bukanlah pengakhiran belajar atau penentu kehidupan masa depan kita. Yang menjadikan kita dapat terus hidup dan tidak tertipu dengan pembunuh adalah bila mana kita ada tujuan hidup! Akidah kita teguh! Akhlak kita terbentuk! Universiti adalah medan untuk kita membina dan mengumpul seramai mungkin rijal2 yang mampu untuk menggerakkan islam.


No comments:

Post a Comment