Saturday, September 23, 2017

Matlamat Kita 1.0

Hari berganti hari, malam berganti malam, susah berganti senang, kini sudah 2 tahun berada dalam dakapan ukhwah. Alhamdulillah Allah masih mensabathkan diri ini di atas jalan perintis kemenangan islam.

Buat para pemuda yang turut sama mengislahkan diri di atas jalan takwa ini saya mengucapkan syabas dan tahniah kerana anda juga terpilih dalam kalangan manusia. Ibarat mendapat nombor 1 dalam kelas, dicampak seorang diri di tengah padang pasir juga sekecil2 mani yang terpilih, kita adalah manusia pilihan Allah untuk menggerak dan mengubah masyarakat agar sedar akan tanggungjawab kita di atas muka bumi.
Bulan lepas kita meraikan kemerdekaan tanah air 1957. Sudah pasti rata2 di antara kita sedar bahawa merdeka ertinya kita bebas daripada penjajah. Ya,  kita tidak lagi dikawal oleh satu kuasa yang mencengkam, kita bebas mentadbir mengikut apa yang kita suka dan kita sudah berada dalam suasana aman dan harmoni! Hooyeah!
Tapi...Benarkah semua ini?

Seringkali ucapan yang kita dengar dari seorang anak buat ayahnya, seorang hamba kepada tuan kesayangannya juga seorang pekerja kepada bossnya adalah ungkapan semangat tanda sokongan kepada seorang ketua. "Mr Pm, saya akan siapkan pertemuan 'bonding investment' kita dgn presiden Dakgalbi secepat mungkin!", "Tuan Rafael, saya rela untuk bekerja overtime setiap hari demi syarikat perniagaan kita!", "Encek DIY, fundraising kita belum cukup untuk donate ke rakyat Syria. Osh,deep.

Ya itulah kita, rela untuk bekerja (baca: diperhambakan)  tanpa arah tuju dan matlamat masa depan. Jujur saya katakan saya pun macam tu juga dululah. Haha! Mujur alhamdulillah Allah telah tunjukkan jalan yang benar, berkat mendekatkan diri bersama big2 brother barangkali. And yet afterall, Allah is the greatest planner.  
Wait. Saya tidak menyalahkan anda jika mahu bekerja jadi guard ka, jadi pemandu uber ka, abang bomba ka sebab itu adalah hak anda untuk mencari rezeki. Of course lah nak hidup kena ada duit, tambah untuk yang dah berkeluarga, a lot of constraint. Dan Wallahi saya sangatlah menghargai dan menyokong usaha murni fundraising Syria, Palestin, Rohingya dan lain2.

Persoalan yang saya ingin cuba bincangkan di sini adalah bagaimana kita bekerja siang dan malam, berpenat lelah,  berpeluh tapi kita sebenarnya tidak tahu hala tuju kehidupan kita. Ada antara kita yang mahukan rumah besar,  kereta Gt4, fly Korea jumpa J.Fla and whatsoever, at last matlamatnya hanyalah itu sahaja, hiburan dan keseronokan materialism. Ada pula antara kita suka akan aktiviti sosial dan kebajikan, bagi derma semampu yang boleh demi melihat kesenangan orang lain tapi sayangnya at last tugas asasi diperdagangkan. Kalaulah bole saya kuot kata2 drp seorang tokoh ulama Mesir ni, maka akan penuhlah ruangan blog ini dengan hujah2 yang boleh mematahkan segala hujah! Kerana mereka hidup bersama islam, Allah adalah tujuan mereka.

Maaflah, orang akan kata saya ni kolot, duduk bawah tempurung dan segala macam yang lain tapi inilah satu2nya cara untuk islam kembali di atas, masalah buang anak, zina, rogol, gay, rasuah, bakar tahfiz dan segala yang lain dapat diatasi. Kita hidup ada matlamat besar, hanya Allah sahaja yang tahu bila islam itu kembali di puncak. Masa tu barulah kita sedar bahawasanya inilah matlamat sebenar! Hidup aman, pemerintah adil, umat bersatu, saling menasihati,  rezeki merata dan masalah sosial berkurang (approching zero)! Arrrh kegilaan apakah ini!!! Anda ingat benda ni mudah dan senang! Susah kot! Makan masa. Tugas ini adalah sangat panjang kerana kita tidak tahu bilakah masanya ia akan tercapai. 
Tapi kita punya contoh dan teladan terbaik sebagai bukti kukuh lagi jelas. Dan bukti tersebut ada pada kehidupan nabi SAW sepanjang menerima wahyu daripada Allah yakni Al-Quran.

Nabi SAW pada permulaan kariernya sebagai penerima wahyu melaksanakan misi menanamkan akidah yang murni kepada para sahabat dan kaum keluarga terdekat. Kehidupan sorang diri untuk menyampaikan kefahaman islam bukanlah tugas yang mudah. Bantuan berkala daripada Allah SWT adalah motivasi utama kecekalan nabi SAW dalam menyampaikan risalah. Kehidupan berpuak2 ditambah lagi dengan anutan warisan nenek moyang mereka menyerlahkan lagi sikap jahiliah orang Arab ketika itu. Bukan mudah.

Nabi SAW bekerja sepenuh masa dengan memberikan yang terbaik sebagai mentaati perintah seorang ketua juga satu2nya tuhan, iaitu Allah swt. Bayangkan sebuah tamadun islam berjaya diasaskan hasil daripada arahan2 yang Allah ajarkan kepada NAbi Saw seterusnya disampaikan kepada umat manusia. Negara islam Madinah adalah contoh terbaik sepanjang zaman bagaimana sebuah negara yang bermula daripada seorang ketua yang bekerja dengan acuan islam dapat menyatukan hati2 manusia yang ikhlas. 

Baiklah sekian coretan saya yg tak seberapa ni. Saya akhiri dgn sebuah hadis masyhur Imam Nawawi utk sama2 kita fikir apakah matlamat kita sebenarnya? 

عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ: إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى. فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ                          

Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khattab radhiallahuanhu, dia berkata, "Saya mendengar Rasulullah shallahu`alaihi wa sallam bersabda: Sesungguhnya setiap perbuatan[1])tergantung niatnya[2]). Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya[3]karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena menginginkan kehidupan yang layak di dunia atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.


Jzkk kheyr kpd yg membaca.