Thursday, October 19, 2017

Syair buatmu Al-Banna

Berikut merupakan bait2 syair yang ditulis Yusuf Qardawi buat Hassan Al-Banna, sang pencetak ribuan tokoh2 besar yang mengisi dunia dengan buku2 dan ilmu bermanfaat:

Untukmu
Wahai imamku
Wahai guruku yang mulia
Wahai pembawa pelita di zaman buta
Wahai pembawa petunjuk dunia
ke arah jalan Muhammad
Wahai tiupan angin dari generasi Darul Arqam
Wahai yang berteriak lantang untuk islam
Putera-puterinya hanya pemuda Muslim
Dia menulis untuk dunia
sebuah dokumen kemenangan
Dia tidak akan menulisnya
melainkan dengan darah
Mereka menyangka engkau telah mati sedangkan
engkau hadir di tengah-tengah kami
Takkan pernah mati kecuali seorang penjenayah dan pelaku dosa
Mereka menyangka engkau telah tiada, sedangkan engkau menyaksikan kami
Kami ikuti jejakmu di setiap jalan yang gelap
Kemudian bersama kepimpinanmu yang memberi suluh
Yang telah kau bina tidakkan hancur
Cintamu akan selalu menetap dan melekat di hati
Peribadimu selalu ada dalam fikiran
Dan namamu selalu menghiasi bibir

Saturday, September 23, 2017

Matlamat Kita 1.0

Hari berganti hari, malam berganti malam, susah berganti senang, kini sudah 2 tahun berada dalam dakapan ukhwah. Alhamdulillah Allah masih mensabathkan diri ini di atas jalan perintis kemenangan islam.

Buat para pemuda yang turut sama mengislahkan diri di atas jalan takwa ini saya mengucapkan syabas dan tahniah kerana anda juga terpilih dalam kalangan manusia. Ibarat mendapat nombor 1 dalam kelas, dicampak seorang diri di tengah padang pasir juga sekecil2 mani yang terpilih, kita adalah manusia pilihan Allah untuk menggerak dan mengubah masyarakat agar sedar akan tanggungjawab kita di atas muka bumi.
Bulan lepas kita meraikan kemerdekaan tanah air 1957. Sudah pasti rata2 di antara kita sedar bahawa merdeka ertinya kita bebas daripada penjajah. Ya,  kita tidak lagi dikawal oleh satu kuasa yang mencengkam, kita bebas mentadbir mengikut apa yang kita suka dan kita sudah berada dalam suasana aman dan harmoni! Hooyeah!
Tapi...Benarkah semua ini?

Seringkali ucapan yang kita dengar dari seorang anak buat ayahnya, seorang hamba kepada tuan kesayangannya juga seorang pekerja kepada bossnya adalah ungkapan semangat tanda sokongan kepada seorang ketua. "Mr Pm, saya akan siapkan pertemuan 'bonding investment' kita dgn presiden Dakgalbi secepat mungkin!", "Tuan Rafael, saya rela untuk bekerja overtime setiap hari demi syarikat perniagaan kita!", "Encek DIY, fundraising kita belum cukup untuk donate ke rakyat Syria. Osh,deep.

Ya itulah kita, rela untuk bekerja (baca: diperhambakan)  tanpa arah tuju dan matlamat masa depan. Jujur saya katakan saya pun macam tu juga dululah. Haha! Mujur alhamdulillah Allah telah tunjukkan jalan yang benar, berkat mendekatkan diri bersama big2 brother barangkali. And yet afterall, Allah is the greatest planner.  
Wait. Saya tidak menyalahkan anda jika mahu bekerja jadi guard ka, jadi pemandu uber ka, abang bomba ka sebab itu adalah hak anda untuk mencari rezeki. Of course lah nak hidup kena ada duit, tambah untuk yang dah berkeluarga, a lot of constraint. Dan Wallahi saya sangatlah menghargai dan menyokong usaha murni fundraising Syria, Palestin, Rohingya dan lain2.

Persoalan yang saya ingin cuba bincangkan di sini adalah bagaimana kita bekerja siang dan malam, berpenat lelah,  berpeluh tapi kita sebenarnya tidak tahu hala tuju kehidupan kita. Ada antara kita yang mahukan rumah besar,  kereta Gt4, fly Korea jumpa J.Fla and whatsoever, at last matlamatnya hanyalah itu sahaja, hiburan dan keseronokan materialism. Ada pula antara kita suka akan aktiviti sosial dan kebajikan, bagi derma semampu yang boleh demi melihat kesenangan orang lain tapi sayangnya at last tugas asasi diperdagangkan. Kalaulah bole saya kuot kata2 drp seorang tokoh ulama Mesir ni, maka akan penuhlah ruangan blog ini dengan hujah2 yang boleh mematahkan segala hujah! Kerana mereka hidup bersama islam, Allah adalah tujuan mereka.

Maaflah, orang akan kata saya ni kolot, duduk bawah tempurung dan segala macam yang lain tapi inilah satu2nya cara untuk islam kembali di atas, masalah buang anak, zina, rogol, gay, rasuah, bakar tahfiz dan segala yang lain dapat diatasi. Kita hidup ada matlamat besar, hanya Allah sahaja yang tahu bila islam itu kembali di puncak. Masa tu barulah kita sedar bahawasanya inilah matlamat sebenar! Hidup aman, pemerintah adil, umat bersatu, saling menasihati,  rezeki merata dan masalah sosial berkurang (approching zero)! Arrrh kegilaan apakah ini!!! Anda ingat benda ni mudah dan senang! Susah kot! Makan masa. Tugas ini adalah sangat panjang kerana kita tidak tahu bilakah masanya ia akan tercapai. 
Tapi kita punya contoh dan teladan terbaik sebagai bukti kukuh lagi jelas. Dan bukti tersebut ada pada kehidupan nabi SAW sepanjang menerima wahyu daripada Allah yakni Al-Quran.

Nabi SAW pada permulaan kariernya sebagai penerima wahyu melaksanakan misi menanamkan akidah yang murni kepada para sahabat dan kaum keluarga terdekat. Kehidupan sorang diri untuk menyampaikan kefahaman islam bukanlah tugas yang mudah. Bantuan berkala daripada Allah SWT adalah motivasi utama kecekalan nabi SAW dalam menyampaikan risalah. Kehidupan berpuak2 ditambah lagi dengan anutan warisan nenek moyang mereka menyerlahkan lagi sikap jahiliah orang Arab ketika itu. Bukan mudah.

Nabi SAW bekerja sepenuh masa dengan memberikan yang terbaik sebagai mentaati perintah seorang ketua juga satu2nya tuhan, iaitu Allah swt. Bayangkan sebuah tamadun islam berjaya diasaskan hasil daripada arahan2 yang Allah ajarkan kepada NAbi Saw seterusnya disampaikan kepada umat manusia. Negara islam Madinah adalah contoh terbaik sepanjang zaman bagaimana sebuah negara yang bermula daripada seorang ketua yang bekerja dengan acuan islam dapat menyatukan hati2 manusia yang ikhlas. 

Baiklah sekian coretan saya yg tak seberapa ni. Saya akhiri dgn sebuah hadis masyhur Imam Nawawi utk sama2 kita fikir apakah matlamat kita sebenarnya? 

عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ: إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى. فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ                          

Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khattab radhiallahuanhu, dia berkata, "Saya mendengar Rasulullah shallahu`alaihi wa sallam bersabda: Sesungguhnya setiap perbuatan[1])tergantung niatnya[2]). Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya[3]karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena menginginkan kehidupan yang layak di dunia atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.


Jzkk kheyr kpd yg membaca. 

Sunday, June 11, 2017

Meladani Ibrahim , Asy-Syu'araa' [26]: 79- 82

📖"Dan Dialah yang memberiku makan dan memberiku minum."
(Q.s Asy-Syu'araa' [26]: 79)

Allah tidak menciptakan satu makhluq dengan sia-sia. setiap yg melata di atas  bumi pasti Dia jamin penghidupannya. Setiap yg berjiwa, takkan dimatikan sebelum digenapkan seluruh rizqinya. "Dialah Penciptaku," demikian Imam Ibn Katsir menulis dalam Tafsirnya, "maka Dia yang menjamin rizqiku dengan pengaturan-Nya."

"Dia memudahkannya dengan sebab-sebab langit dan sebab-sebab bumi," lanjut beliau. "Dialah yang membelah awan, mennurunkan hujan, lalu Dia hidupkan dengan air itu, bumi sesudah matinya untuk Dia keluarkan darinya segala buah-buahan sebagai rizqi bagi segenap makhluq. Pun Dia pancarkan air yang sejuk, yang menjadi minuman bagi manusia dan binatang-binatang."

"Allah-lah yang menciptakan makanan dan minuman bagiku," ujar 'Aidh Al-Qarni dalam Tafsir Al-Muyassar,  "maka Dialah Dzaat pemberi rizqi, sendiri tiada sekutu, dan mampu tanpa pembantu. Dialah yang memberiku nikmat, terhadap segala yang Dia Nikmatkan."

Maka, tidak sempurna kehambaan kita pada Allah tanpa kepasrahan sejati dalam urursan rizqi. Di lapis-lapis keberkahan, kita menginsyafi bahwa bekerjanya kita adalah bagian dari rizqi; untuk menjemput sesuap pendapatan yang ianya bagian dari rizqi. Dalam soal rizqi, perencanaan kita adalah rizqi, pelaksanaannya adalah rizqi, dan hasilnya adalah rizqi.

Sebab, bahkan diri kita pun adalah rizqi; hati yang bersih, pikir yang jernih, dan raga yang tak ringkih.

Maka, betapa zhalim yg merasa mampu diri menanggung rizqi, bahkan memberi makan anak dan isteri. Jika hati penuh yakinnya akan rizqi, maka Allah ringankan pikir dan jasadnya dalam upaya. Tapi jika hati merasa rizqi adalah semata pekerjaan dan pendapatannya, Allah akan bebankan penghidupan yg terasa sempit, sesak dan berat.

***

📖"Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkanku." (Q.s Asy-Syu'araa' [26]: 80)

"Karena aku ditimpa sesakit," demikian tafsir Al Qarni, "maka tiada yang memulihkan 'afiatku selain Dia." tentu saja hakikatnya adalah tiada yg memulihkan aas kuasa dan ketetapan-Nya. Sakit sebagai bagian dari musibah adalah timpaan Allah untuk menguji manusia. Allah sumpahkan ujian itu pasti akan Dia bencanakan. Ianya berupa rasa takut, rasa lapar, berkurang harta, jiwa, dan paceklik buah-buahan.

Setiap kita akan mengalaminya; dan berilah kabar gembira bagi mereka yg bersabar.

Tetapi di ayat ini, Ibrahim bukan cuma memberitahukan hakikat, melainkan juga meneladankan adab. Dia tidak sandarkan penyakit yg menimpa kepada Rabbnya, meski demikian hakikatnya. Ibrahim hanya menyebut bahwa dirinya sakit. Adab menahan dari berbicara dengan nada mendakwakan datangnya keburukan dari Penciptanya. tapi dia tegaskan bahwa segala penawar, obat, penyembuh dan pemulih hanya berasal dari Allah 'Azza wa Jalla.

Betapa indah hidup Ibrahim. setiap musibah dia terima dengan keridhaan tanpa menyalahkan Rabbnya yang telah menetapkan. Lalu dia sandarkan segala harap akan penyelesaian pada Allah yang kuasa mengangkat dan menimpakan. Di lapis-lapis keberkahan, ada pengaduan sekaligus harap, juga ada hakikat yang dikemas cantik dalam adab.

***

"Pada suatu ketika," demikian dalam kitab At-Tadzkirah karya Imam Al-Qurthubi, "Allah mengutus Malaikat Maut mendatangi Ibrahim 'Alaihissalam untuk mencabut nyawanya, sebab telah tiba ajalnya. Melihat kedatangan sang pemutus segala kenikmatan dunia itu, Ibrahim bergegas menyambut dan mengatakan:

"Wahai Malaikat Maut, sampaikan kepada Allah; adakah Kekasih yang tega menyakiti dengan membunuh Kesayangan-Nya?"

Mendapati pertanyaan tersebut, Malaikat Maut bersegera kembali ke hadirat Allah Subhanahu wa Ta'ala. Dia sampaikan pada Rabbnya, dan sungguh ilmu Allah meliputi segala sesuatu dan mendahului semua perkara. Berfirmanlah Allah 'Azza wa Jalla.

'Katakanlah pada Ibrahim; adakah kekasih yang enggan untuk berjumpa dengan Yang Dicintainya?'

Malaikat Maut itu pun bersegera kembali menemui Ibrahim untuk menyampaikan halnya, dan kali ini dengan berseri-seri Ibrahim berkata:

"Wahai Malaikat Maut, cabut nyawaku sekarang juga!"

📖"Dan yang akan mematikanku kemudian menghidupkanku kembali."  (Q.s Asy-Syu'araa' [26]: 81)

Di ayat berikutnya ini, Ibrahim menambahkan pemahaman tentang hakikat mati dan hidup. Bahwa kita rindu untuk jumpa dengan Allah, sebab kita beriman kepada-Nya. Bahwa kita mengharap adanya akhirat, sebab kita beramal shalih. Di sanalah setiap kebajikan dibalas dengan sempurna, berlipat juta. Dan pintu yang harus kita masuki untuk menjumpai keindahan ganjaran surga serta kenikmatan berjumpa dengan Allah 'Azza wa Jalla adalah kematian.

Perhatikanlah alam buana. Ada bunga mekar dan layu. Ada bintang berpijar dan padam. Bumi, matahari, bima sakti, dan semesta ini; akan tiba masanya mereka untuk tiada lagi. Hidup seorang manusia, jika dibandingkan semua itu, tak lebih hanyalah sekedipan mata.

Dalam sekejap kefanaan itu, insan tumbuh dan jatuh, meraih dan ditagih, berlari dan terluka, menangis dan tertawa, membenci dan mencinta.

Lalu mereka tak mampu mengelak dari kejaran waktu. Manusia kan tertangkap dan jatuh ke dalam tidur yang gelap dan pasti bernama kematian. tapi tentu saja, kematian bukanlah kesimpulan. Ia hanya sebuah perpindahan. Ia hanya sebuah pintu mungil untuk memasuki hidup diatas hidup.

Di lapis-lapis keberkahan, pemahaman tentang mati dan hidup adalah asas bagi nikmatnya beramal shalih.

***

📖"Dan yang amat kuinginkan tuk mengampuni kesalahku pada Hari Pembalasan." (Q.s Asy-Syu'araa' [26]: 82)

"Keinginan Ibrahim yang paling puncak," kata Sayyid Quthb melanjutkan tadabburnya dalam Fi Zhilalil Qur'an, "adalah harapan semoga Allah mengampuni dosa-dosanya pada Hari Kiamat." Betapa bersahaja, tapi penuh tata karma. "Jadi, Ibrahim tidak merasa bebas dari kesalahan," sambung Sayyid Quthb, "dia justru senantiasa khawatir atas kesalahan yang dilakukannya." Dalam harapnya ada rasa takut; dalam takutnya ada harap.

Demikianlah orang mulia. seperti kata Imam Asy-Syafi'i, "Orang yang paling mulia adalah dia yang paling merasa tak punya kemuliaan. Orang luhur adalah dia yang merasa tak punya keluhuran." Kebalikannya digambarkan oleh Bisyr ibn Al-Harish, "Dia yang merasa tak bersalah adalah orang yang paling besar kesalahannya."

Demikian besar malu dan ketndukannya pada Allah, hingga Ibrahim tidak bersandar pada amalnya. "Dan dia tak pernah memandang bahwa bersebab amal itu ndirinya berhak atas sesuatu," simpul Sayyid Quthb. Hanyasanya, dia sangat berharap pada karunia Rabbnya dan sangat mengiba pada rahmat-Nya. Maka puncak keinginannya adalah kemaafan dan ampunan-Nya.

Maka, puncak harapannya adalah keridhaan Allah.

Betpa indah hidup Ibrahim yang diasahi keinsyafan. Bahwa Allah Pencipta dan Penunjuk jalannya. Bahwa Allah penjamin rizqinya. Bahwa Allah penyembuh laranya. Bahwa Allah penguasa mati dan hidupnya. Bahwa Allah adalah harapan untuk kemaafan, ridha dan ganjaran di Hari Pembalasan.

Mari hidup di lapis-lapis keberkahan. mari memesrakan hidup pada Penggenggam hati kita. Dialah yang telah menulis takdir kita, menjadikan musibah sebagai selingan  berharga bagi limpahan karunia. Dari-Nya kita bermula, dan pada-Nya jua kita pulang.

~Karya: Ust Salim A Fillah
~Dipetik dari Lapis-Lapis Keberkahan

Tuesday, May 9, 2017

Tarbiah Graduan Universiti



Memetik kata2 Syeikh Abu A'la Al-Maududi buat para graduan,

"Wahai pelajar! kamu telah melabur sekian lama masa kamu di universiti ini untuk mendapat pendidikan. Kamu telah lama menunggu saat di mana kamu akan menuai hasil usaha kamu itu dalam bentuk segulung ijazah. Aku merasai betapa tersentuhnya jiwa kamu dalam majlis sebegini, maka menjadi satu kesukaran buat aku berterus terang kepada kamu pada saat ini.

Walau bagaimanapun, aku perlu berlaku jujur,  bahawa dalam menilai tempat kau dididik ini,  malah kesemua tempat pendidikan yang bernama universiti ini tidak ubah seperti tempat penyembelihan berbanding tmpat pendidikanIjazah yang dihulurkan tidak ubah seperti sijil kematian,  diberikan apabila si pembunuh sudah berpuas hati kerana telah berjaya melarikan diri daripada penyembelihan terancang ini dengan sisa cahaya kehidupan yang masih berbaki.

Aku tidak hadir ke sini untuk mengucapkan tahniah kepada kamu kerana telah menerima sijil kematian tersebut.  Malah sebaliknya, aku berasa teramat sedih melihat kamu semua dalam keadaan yang teruk.  Aku seperti seseorang mencari manusia yang masih hidup dalam timbunan mayat di sini".

Untuk kita pemuda,  universiti bukanlah pengakhiran belajar atau penentu kehidupan masa depan kita. Yang menjadikan kita dapat terus hidup dan tidak tertipu dengan pembunuh adalah bila mana kita ada tujuan hidup! Akidah kita teguh! Akhlak kita terbentuk! Universiti adalah medan untuk kita membina dan mengumpul seramai mungkin rijal2 yang mampu untuk menggerakkan islam.


Friday, May 5, 2017

Persimpangan Antara Dua Jalan a.k.a Salam Perkenalan


Bismillahirrahmanirrahim.

Pertama sekali saya panjatkan segala rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana Dialah yang mendetikkan hati saya untuk menulis setelah sekian bertahun lamanya menunggu-nunggu waktu yang paling afdhal lagi sesuai berdasarkan kelayakan fikrah saya yang masih setahun jagung di dalam dakwah dan tarbiah. Err. Dan pada hari ini saya mampu untuk mengungkapkan bahawa saya berbangga menjadi seorang muslim!

Penulisan yang saya maksudkan ini pada hakikatnya akan berorientasikan ilmu dan fikrah yang  boleh dihadam oleh seorang yang bergelar daie. Moga2 penulisan dalam blog ini juga turut dapat sama diamalkan berdasarkan hakikat kefahaman yang sebenar tentang setiap perkara dengan tepat. Setiap apa yang Allah gariskan di dalam Al-quran meliputi tujuan hidup manusia sehinggalah ke aspek beriman dengan perkara-perkara ghaib bakal disentuh oleh penulis. InsyaAllah, doakan. [1]

Sedikit mengenai latar belakang penulis, beliau adalah seorang yang dahagakan kebenaran, kebaikan, kebajikan tetapi pada awalnya tidak tahu untuk memilih prioriti atau jalan yang lebih baik diantara kebaikan-kebaikan tersebut yang secara jelasnya terbentang seluas langit dan bumi. 

Takdir Ilahi telah memilihnya untuk berada di dalam gerabak dakwah dan tarbiah, kumpulan pemuda yang ingin benar membangkitkan himmah dan hamassah setiap individu muslim untuk menegakkan islam dari asasnya iaitu melalui akidah yang benar serta keimanan yang menghunjam kukuh dengan tarbiah melalui Al-Quran dan As-Sunnah bermula dari individu.

Asas-asas ilmu islam sejak kecil tidaklah kurang hebatnya, penulis juga turut tercalon dalam kalangan bijak pandai yang sekular ketika di bangku persekolahan. Disebabkan kesedaran penulis yang bahawasanya manusia ini sifatnya ‘open system’, yang masuk adalah ilmu dan yang keluar hanyalah bahan buangan tidak terpakai, maka penulis merasakan perlunya kebangkitan atau kekuatan untuk mencari semula ilmu-ilmu asas yang telah hilang itu dengan kefahaman yang lebih mendalam serta membuahkan amal dan salah satu usahanya adalah dengan menulis.

Ibarat perlumbaaan Honda Jihad ke tempat daurah, ditengah-tengahnya pula ada persimpangan jalan, ‘highway’ atas atau bawah, hanya ada satu jalan sahaja yang betul untuk tiba ke lokasi kejadian. Lantas penulis memilih highway atas kerana mengikut kehendak nafsu tanpa dipandu oleh Google Map mahupun Waze yang secara jelasnya ada petunjuk yang sebenar.

Begitulah kehidupan awal saya yang berada di persimpangan antara dua jalan  iaitu sama ada hitam atau putih, kanan atau kiri, pahala atau dosa, syurga atau neraka. Tidak tahu yang mana harus dipilih. Perawan atau janda. Okay… syaitan mencelah.

Maka jalan tarbiah melalui kalam Ilahi serta jalan sunnatullah para Rasul lah jalan yang paling tepat. Fasa awal tarbiah di Mekah oleh Nabi SAW adalah tentang syahadah atau keyakinan akan wujudnya Allah SWT dan Rasul sebagai utusanNya serta tanggungjawab manusia selepas itu. Para sahabat yang sudah berikrar akan syahadah turut diceritakan tentang kitab, perkara ghaib seperti hari akhirat, syurga dan pahala. Maka tidak hairanlah sebilangan besar daripada mereka dipilih sebagai panglima perang mahupun khalifah selepas ketiadaan Rasulullah SAW.

Baiklah cerita masih panjang, ilmu tidak pernah habis ditulis. Maka harap sabar2 menunggu artikel selanjutnya.
InsyaAllah. Doakan.
5/5/2017


[1] Usul 1.